MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR AN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1440 HIJRAH Hari .

1y ago
11 Views
2 Downloads
8.35 MB
72 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Averie Goad
Transcription

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’ANPERINGKAT NEGARATAHUN 1440 HIJRAHHari Rabu Malam Khamis,17 Ramadhan 1440H bersamaan 22 Mei 2019MPusat Persidangan Antarabangsa, Berakasi

ii

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

ATURCARAMAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’ANPERINGKAT NEGARATAHUN 1440 HIJRAHHari Rabu Malam Khamis,17 Ramadhan 1440H bersamaan 22 Mei 2019MPusat Persidangan Antarabangsa, Berakas1

8.45 malam : Ahli Jawatankuasa hadir.9.00 malam : Para Jemputan hadir.9.30 malam : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.9.45 malam : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam berserta Kerabat Diraja, dijunjung olehMenteri Hal Ehwal Ugama serta Ahli JawatankuasaTertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun1440 Hijrah.: Bacaan Surah Al-Fatihah.: Sembah Alu-Aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama,Negara Brunei Darussalam selaku PengerusiJawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari KebesaranIslam Tahun 1440 Hijrah.: Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘AliSaifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam.: Permakluman Keputusan Musabaqah MenghafazAl-Qur’an Berserta Pemahamannya Peringkat AkhirKebangsaan dan Peringkat Negara Anggota MABIMS.: Persembahan tujuh orang pemenang terbaik dari :Peringkat Kebangsaan Kategori 'A'Menghafaz Surah-Surah Pilihan dari Juz 30 :Surah Ath-Thaariq, Surah Al-A’laa, Surah Al-Ghaasyiah,Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams,Surah Al-Lail, Kompilasi Surah-Surah Lazim bermuladari Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah An-Naas berserta2

Pemahaman Surah Al-Muthaffifiin, Surah Al-Insyiqaaqdan Surah Al-Buruuj bagi yang berumur 11 tahun kebawah iaitu yang lahir pada 1 Jun 2007 dan selepasnya. Kategori 'B'Menghafaz Surah-Surah PilihanSurah Al-Kahfi, Surah Luqmaan, Surah As-Sajdah, SurahAr-Rahmaan, Surah Al-Waaqi‘ah, Surah Al-Mulk danSurah Al-Insaan berserta Pemahaman Surah Yaasin danSurah Jinn bagi yang berumur 17 tahun ke bawah iaituyang lahir pada 1 Jun 2001 dan selepasnya. Kategori 'C'Menghafaz 3 Juz Al-Qur’an iaitu daripada Juz 1 hinggaJuz 3 berserta Pemahaman Juz 2 terbuka kepada semuaperingkat umur. Kategori 'D'Menghafaz 15 Juz Al-Qur’an iaitu daripada Juz 1 hinggaJuz 15 berserta Pemahaman Juz 13 terbuka kepada semuaperingkat umur. Kategori 'E'Menghafaz 30 Juz Al-Qur’an iaitu daripada Juz 1 hinggaJuz 30 berserta Pemahaman Juz 24 terbuka kepada semuaperingkat umur.Dari Peringkat Negara Anggota MABIMS Kategori 10 Juz Al-Qur’an Berserta Pemahaman Juz 9. Kategori 30 Juz Al-Qur’an Berserta Pemahaman Juz 23.: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘AliSaifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjungbagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah dancenderamata kepada para peserta.: Bacaan Sayyidul Istighfar.3

: Bacaan Do'a Selamat.: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam berangkat meninggalkanmajlis dengan diikuti oleh Kerabat Diraja dan PembesarPembesar Negara.: Majlis bersurai.4

KATA-KATA ALUAN بسم هللا الرمحن الرحمي امحلد هلل رب العاملني وبه ن ستعني عىل أ مور ادلنيا وادلين والصالة والسالم عىل أ رشف ا ألنبياء واملرسلني سيدان محمد وعىل آهل وحصبه أ مجعني السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته Alhamdulillah kita bersyukur dan memuji kekuasaan AllahSubhanahu wa Ta’ala yang menyempatkan kita ke bulan Ramadhantahun 1440 Hijrah dengan negara kita dalam rahmat AllahSubhanahu wa Ta’ala berkeadaan aman dan sejahtera. Dengannyakita dapat menunaikan ibadat puasa Ramadhan dan beramal solehlagi berkebajikan dalam suasana nyaman dan selesa.Dan untuk kesekian kalinya pula kita dapat memperingati danmenyambut peristiwa bersejarah Nuzul al-Qur’an yang ayatayatnya mula diturunkan berperingkat-peringkat oleh AllahSubhanahu wa Ta’ala dalam bulan Ramadhan yang dimuliakanlagi diberkatiNya ini.Peristiwa yang bersejarah itu kita sambut sebagai mensyi’arkanugama rasmi negara dengan fokas kepada kemuliaan dankepentingan kitab suci kita itu untuk sentiasa dipelajari, iaitusebagaimana slogan tema sambutan: Memperkasa PembelajaranAl-Qur’an.Setentunya maksud kepentingan memperkasa pembelajarannya itubermula dengan mempelajari bersungguh-sungguh bacaan ayatayatnya dalam setiap surah dan juzu’nya. Diikuti atau mungkinjuga diserentakkan dengan pembelajaran makna dan tafsirannyadisesuaikan mengikut peringkat-peringkat dan bentuk-bentuk5

pembelajarannya yang formal di sekolah-sekolah sehingga kepengajian tinggi dan pembelajaran non formal seperti menerusisiri ceramah atau kuliah Tadabbur al-Qur’an iaitu memahami sertamemetik pengajaran daripada ayat-ayatnya. Dengan demikian akanmenepati maksud Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkannyakepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagaikitab suci yang mengandungi berkat untuk kita umat BagindaShallallahu ‘Alaihi Wasallam memikirkan dengan teliti kandunganayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal dapatmengambil pengajaran, iaitu sebagaimana firman-Nya dalam ayat29 surah Shad:﴾٢٩﴿ِ ِكتَ ٰـبٌ َأ َنزلۡنَ ٰـ ُه ل َ ۡي َك ُم َب ٰـ َرك ِل ّ َي َّدبَّ ُر ٓو ْا َءاي َ ٰـ ِت ِهۦ َو ِل َي َت َذكَّ َر ُأ ْولُو ْا ٱ ۡالَ لۡ َب ٰـب ِإ Hasrat memperkasa pembelajaran Al-Qur’an telah pun menjadiwawasan negara kita di bawah kepimpinan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘AliSaifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam. Ke arah itu jentera pendidikanugama dan pengembangannya telah bergerak merancang danmelaksanakannya.Dalam hubungan inilah telah mula kita dapati kesungguhan orangramai khasnya ibu bapa berusaha supaya anak-anak merekamengikuti pengajian Al-Qur’an yang diaturkan secara formaldan bahkan ada yang menambahnya secara persendirian denganmendatangkan guru-guru mengajar ke rumah masing-masing.Sementara dalam mengetahui makna dan memahami kandunganayat-ayatnya telah pun lama diusahakan menerusi radio dantelevisyen yang mana sejak beberapa tahun terakhir telah puladibuat ceramah tafsir di masjid-masjid dan tadabburnya secaraTematik yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Qur’an MABIMSdi Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dankini ada kuliah Tadabbur Al-Qur’an yang terbuka kepada umumanjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).6

Usaha setakat ini tentulah akan diluaskan dan ditingkatkan denganbeberapa inisiatif baharu. Di samping itu orang ramai dapat jugamembaca mushaf Al-Qur’an berserta terjemahan maknanya dantafsirnya. Terdapat banyak kitab-kitab tafsir Al-Qur’an berbahasaMelayu dan Inggeris telah diterbit dan diedarkan termasuklahterjemahan kitab-kitab tafsir asli berbahasa Arab yang ternamaseperti Tafsir Jalalain dan Tafsir Ibnu Katsir.Dalam masa yang sama kita sendiri juga telah menerbit danmengedarkan Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannyaversi digital yang mana pada masa ini dapat dibaca denganmemuat turun melalui Apple Store bagi pengguna Apple dan PlayStore bagi pengguna Android. Dan in shaa Allah usaha menerbitdan mengedarkan huraian terjemahannya itu akan disusuli denganmenerbitkan Mushaf Brunei Darussalam dan Tafsirannya secaraberperingkat-peringkat dimulai dengan juz pertama sehinggagenap 30 juz Al-Qur’an.Semogalah semua ini akan menyemarakkan semangatpembelajaran Al-Qur’an yang telah sama dihasratkan semata-matabagi mendapat faedah keberkatan Al-Qur’an dalam maknanyayang luas seperti mana maksud ayat 29 surah Shad yang dipetiktadi. وابهلل التوفيق والهداية والسالم Yang BerhormatPehin Udana Khatib Dato Paduka Seri SetiaUstaz Haji Awang Badaruddin binPengarah Dato Paduka Awang Haji OthmanMenteri Hal Ehwal Ugama7

HURAIAN TEMAMAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’ANPERINGKAT NEGARABAGI TAHUN 1440H / 2019M“MEMPERKASA PEMBELAJARAN AL-QUR’AN”Al-Qur’an adalah kunci ilmu kerana isi kandungannya adalahbimbingan dan pengajaran yang lengkap untuk sekalian manusia.Ia juga adalah asas tarbiyah yang menyuluh dan mengeluarkanmanusia dari kegelapan. Al-Qur’an adalah merupakan kepalazikir yang menenangkan hati. Ia juga adalah petunjuk yang luruskerana kandungannya yang lengkap sebagai rujukan yang tidakakan pernah menyesatkan.Al-Qur’an juga mempunyai ketinggian bahasa dari segikedudukan hurufnya serta memiliki bahasa yang tinggi danindah. Ia mengandungi kisah dulu kala berkaitan nabi dan rasul.Ia juga menceritakan perkara ghaib seperti malaikat, jin, syurgadan neraka. Al-Qur’an juga menceritakan perkara yang berlakupada masa lampau dan hadapan seperti hari kiamat selain turutmenghuraikan secara umum atau terperinci perkara berkaitansyariah. Selain itu, Al-Qur’an menerangkan berkaitan ilmupengetahuan seperti penemuan sains, kejadian makhluk yangberpasangan, kejadian siang dan malam serta kejadian danperanan air.Ketinggian bahasa pada Al-Qur’an tidak diragukan lagi sehinggapakar bahasa sekalipun tidak mampu menandinginya. Al-Qur’anadalah kalamullah iaitu kata-kata Allah yang mengandungi semuailmu di atas muka bumi ini. Al-Qur’an juga adalah khazanahyang tidak ternilai kerana ia mengandungi prinsip, hukumhakam, sejarah, ilmu politik, ekonomi, sosial dan ketamadunanyang sangat berguna kepada manusia.Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhu berkata, RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Dikatakan kepada orang yang membaca Al-Qur’an nanti,“Bacalah dan naiklah serta tartil sebagaimana engkau di duniamentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yangengkau baca.” (Hadis Hasan Sahih, sunan at-Tirmizi)8

Berdasarkan hadis ini, ulama menyatakan ada riwayat lainmenjelaskan orang itu nanti akan terus membaca satu demi satuayat Al-Qur’an sehinggalah dia tiba di syurga tertinggi iaituSyurga Firdaus. Apabila tiba di Syurga Firdaus barulah dikatakan,“Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di akhir ayat yangkamu baca.” Itu kehebatan dan kedudukan bagi golongan yangmembaca Al-Qur’an sebagai rutin hariannya. Maka, bacalahAl-Qur’an pada setiap hari walaupun beberapa ayat dan janganbiarkan waktu kosong dibiarkan tanpa membuat sebarang perkarabermanfaat, tidak kira walau di mana kita berada.Sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan yangdiniatkan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala,paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala. Adapun ganjaranpahala membaca Al-Qur’an itu bukan dikira selepas membacakeseluruhan ayat atau surah, akan tetapi setiap huruf ituganjarannya 10 pahala.Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu hurufdaripada Al-Qur’an maka dia melakukan satu kebajikan. Dansatu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidakmengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satuhuruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan at-Tirmizi)Bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkalitersangkut-sangkut, tidak perlu bimbang dan teruskan membacaAl-Qur’an kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memberikanmotivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat duakali pahala berbanding orang yang lancar.Aisyah menyatakan, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallambersabda bermaksud: “Orang yang membaca Al-Qur’an danmenjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya)akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yangmembaca Al-Qur’an dengan bersungguh-sungguh dan mengalamikesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari)9

Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untukbacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya ketikamembaca. Maka membaca dan mengamalkan Al-Qur’an akanmemperoleh ganjaran dan manfaat yang besar.Oleh itu jiwa orang yang sering berdamping dengan Al-Qur’anjuga akan sentiasa tenang dan lapang. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang berimandan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! denganzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra'd,ayat 28)Selain itu, rumah yang di dalamnya dibaca Al-Qur’an akandiberkati dan malaikat turut memenuhi rumah berkenaan. Begitujuga seorang Muslim yang baring di tempat tidurnya denganmembaca salah satu surah Al-Qur’an, Allah Subhanahu waTa’ala akan tugaskan satu malaikat menjaganya dan tidak adasatu bahaya pun akan mendekatinya sehingga dia terjaga.Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahawa NabiSallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “ danbarangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmumaka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memudahkan baginyajalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul didalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membacakitab Allah (Al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama merekamelainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan),diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat sertaAllah Subhanahu wa Ta’ala akan menyebut mereka pada malaikatyang berada di sisiNya”. (Hadis Sahih Muslim)Adapun Al-Qur’an diturunkan bukan hanya untuk dijadikan kitabbacaan dan hafalan semata-mata. Sebaliknya, Allah Subhanahuwa Ta’ala mahukan umat manusia menjalani kehidupan duniaberpandukan dasar dan nilai yang terkandung di dalamnya.Apatah lagi dalam situasi dunia moden hari ini yang sedangdilanda pelbagai cabaran. Al-Qur’an tidak pernah menyisihkansebarang isu permasalahan kehidupan manusia, baik isu besarmahupun isu yang dianggap remeh.10

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah al-Jaatsiyah,ayat 20 yang bermaksud: “Al-Qur’an ini adalah pedoman bagimanusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini.”Begitu juga di dalam surah an-Naml ayat 1-2, Allah Subhanahuwa Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Thaa Siin. Ini adalahayat-ayat Al-Qur’an dan ayat-ayat kitab yang menjelaskan untukmenjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang yang meyakini.”Seseorang yang tidak yakin terhadap ajaran Al-Qur’an sebagaipanduan hidup itu berkemungkinan timbul akibat pengaruh luar. Kini,meskipun kebanyakan negara Islam sudah bebas daripada penjajah,kesannya masih ada dalam jiwa umat Islam. Akibatnya, dalammenghadapi isu kehidupan, umat manusia tidak mampu menanganidengan berkesan, malah dalam sesetengah isu ia menampakkankegagalan.Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengingatkanumatnya, “Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, kalian tidakakan tersesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya iaitu kitabAllah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Sahih Bukhari dan Muslim)Justeru, dalam situasi zaman yang serba mencabar dalammasyarakat hari ini, kita seharusnya memiliki generasi mudaumat Islam yang boleh menjadi benteng mempertahankan ajaranagama Allah Subhanahu wa Ta’ala ini. Al-Daylami dalam kitabnyaal-Firdaus meriwayatkan “Menghadiri majlis ilmu seorangalim lebih baik daripada bersembahyang (sunat) seribu rakaat,menziarahi seribu orang pesakit dan menghadiri pengkebumianseribu jenazah” Malah ditanyakan kepada nabi “Hatta lebih baikdaripada membaca Al-Qur’an?”. Lalu Nabi menjawab “Apafaedahnya membaca Al-Qur’an jika tidak berilmu?”.Kita juga sudah tentu tidak mahu terjadi fenomena masyarakatyang buta Al-Qur’an. Apa yang menjadi impian kita semuaadalah untuk menyaksikan keseluruhan masyarakat ‘akrab’dengan Kalamullah. Justeru itu pembelajaran Al-Qur’an adalahpembelajaran sepanjang hayat kerana ia akan melindungi darikesesatan kerana Al-Qur’an adalah cahaya penerang, menerangimata hati dengan hidayah, pemahaman dan pengajaran.11

IMBAS KEMBALIMAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’ANPERINGKAT NEGARATAHUN 1439 HIJRAHPUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKASNEGARA BRUNEI DARUSSALAM12

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam13

السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته بسم هللا الرمحن الرحمي ، وبه ن ستعني عىل أ مور ادلنيا وادلين ، امحلد هلل رب العاملني ، سيدان محمد ، والصالة والسالم عىل أ رشف املرسلني وبعد ، وعىل آهل وحصبه أ مجعني Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu waTa’ala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapatlahkita berkumpul meraikan Sambutan Nuzul Al-Qur’an dalambulan Ramadhan yang Mubarak ini.Kita sama-sama maklum, bahawa Al-Qur’an diturunkan adalahsebagai ‘hidayah’ atau petunjuk yang lengkap bagi segenap aspekkehidupan, yang meliputi kehidupan di dunia membawa sehinggake akhirat. Satu daripada petunjuk Al-Qur’an itu ialah mengenaizakat. Zakat bukan saja satu kewajipan, malahan juga, salah satudari rukun Islam yang kelima.Sistem Pengeluaran, Pengutipan dan pengagihan zakat adalahdiambil daripada Al-Qur’an dan Al-Hadith, sebagai satu carapengurusan ekonomi Umat Islam.Beriman dengan Al-Qur’an, bermakna juga, kita wajibmengamalkan segala ajarannya. Di antara ajaran Al-Qur’an ituialah menunaikan zakat.Zakat adalah sebaik-baik sistem untuk mengurus ekonomi.Dengannya, pembahagian rezeki adalah teratur, di mana orangkaya akan jadi penyumbang, sementara mereka yang berhak pulaakan jadi penerimanya.14

Melalui sistem ini, struktur masyarakat akan terjamin kukuhdan tidak pincang. Kerana yang ‘berhajat’ akan tetap terbela,sementara golongan yang ‘terabai’, tidak akan berbangkit lagidalam masyarakat.Inilah antara hikmah zakat itu.Kerana itu Beta mahu, supaya pentadbiran zakat diperkasaterus. Kemaskan semua cara dan strategi menanganinya. Carikaedah terbaik untuk membanteras kemiskinan dengan zakat,sehingga, penerima-penerima zakat akan dapat berdikari, tidaklagi menerima zakat tetapi menjadi pengeluar zakat.Ini tidak mustahil untuk berlaku, misalnya : Dengan bermodalkanwang zakat, penerima zakat boleh dibimbing untuk berniaga ataumemulakan satu-satu perusahaan sehingga mereka berjaya danmampu untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Jika ini dapatdicapai, maka tidak syak lagi, ia adalah satu kejayaan besar dalampentadbiran zakat.Beta rasa, pihak berkenaan wajar mencuba, jangan tidak mencuba.Usahakanlah satu cara yang boleh membawa kepada kesedaran,iaitu kesedaran untuk berubah, bukan untuk kekal tidak pernahberubah.Perubahan adalah idaman bagi setiap masyarakat maju. Tanpaperubahan, tidak akan ada cerita tentang kemajuan. Perubahantidak syak lagi adalah sinonim dengan kemajuan. Kerana itu, kitasangat menginginkan gelombang perubahan untuk membawakita melangkah maju.Dengan pengurusan zakat, tidaklah semestinya statik, tetapi wajaruntuk meningkat atau berubah, di mana dengan peningkatan atauperubahan itu, boleh memungkinkan terbukanya satu ‘laluantepat’ untuk dilalui, bagi mengatasi apa-apa yang sukar diatasi.Inilah gunanya kita meningkat atau berubah itu.15

Akhir kalam, di kesempatan ini, Beta dengan sukacitamengucapkan tahniah kepada peserta yang berjayamendapat tempat di Musabaqah Menghafaz Al-Qur’an sertaPemahamannya, Peringkat Akhir Kebangsaan, dan marilahkita sama-sama merafa’kan syukur serta do’a ke hadrat AllahSubhanahu wa Ta’ala, semoga kita dan negara sentiasa berada didalam pemeliharaan dan perlindungan-Nya. Amin.Sekian. وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمك ورمحة هللا وبراكته 16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

IMBASANMUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QUR’ANBERSERTA PEMAHAMANNYAPERINGKAT AKHIR KEBANGSAANTAHUN 1440 HIJRAH33

34

35

36

PESERTA MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QUR’ANBERSERTA PEMAHAMANNYAPERINGKAT AKHIR KEBANGSAANTAHUN 1440 HIJRAHKATEGORI ‘A’Menghafaz Surah-Surah Pilihan dari Juz 30Surah Ath-Thaariq, Surah Al-A’laa,Surah Al-Ghaasyiah, Al-Fajr, Surah Al-Balad,Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail,Kompilasi Surah-Surah Lazim bermula dariSurah Adh-Dhuhaa hingga Surah An-Naas bersertaPemahaman Surah Al-Muthaffifiin, Surah Al-Insyiqaaq danSurah Al-Buruuj, bagi yang berumur 11 tahun ke bawahiaitu yang lahir pada 1 Jun 2007 dan selepasnya.37

Nama: Yang Mulia Awang AbdulHadi Muaiyyad bin Haji Azrol.Tarikh Lahir: 15 Mac, 2009.Tempat Menuntut : Sekolah Al-Falah,Kampung Sungai Akar.Nama: Yang Mulia Dayang Imanbinti Muhammad Fahmi.Tarikh Lahir: 22 Februari, 2011.Tempat Menuntut : Sekolah Al-Falaah,Kampung Sungai Akar.Nama: Yang Mulia Dayang SharifahAyesha Al-Insyirah binti SheikhSharul Azhar.Tarikh Lahir: 12 Disember, 2008.Tempat Menuntut : Sekolah Al-Falaah,Kampung Sungai Akar.Nama: Yang Mulia Dayang Nur'AliyahAmanibintiMuhammadAl-Ameen.Tarikh Lahir: 17 Julai, 2010.Tempat Menuntut : Sekolah Al-Falaah,Kampung Sungai Akar.Nama: Yang Mulia Dayang MajdahAl-Zahraa binti Zawawi.Tarikh Lahir: 9 September, 2007.Tempat Menuntut : Sekolah Rendah Awang HajiMohd Yusof, Katimahar.38

KATEGORI ‘B’Menghafaz Surah-Surah PilihanSurah Al-Kahfi, Surah Luqmaan, Surah As-Sajdah,Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waaqi‘ah, Surah Al-Mulkdan Surah Al-Insaan berserta Pemahaman Surah Yaasin danSurah Jinn, bagi yang berumur 17 tahun ke bawahiaitu yang lahir pada 1 Jun 2001 dan selepasnya.39

Nama: Yang Mulia Awang AmirSabrin bin Hasmiron.Tarikh Lahir: 28 Disember, 2002.Tempat Menuntut : Sekolah Menengah YayasanSultan Haji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang Nasyatabinti Abdul Nasir.Tarikh Lahir: 11 Julai, 2001.Tempat Menuntut : Sekolah MenengahArabLelaki Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang NurulHamizah binti Sabli.Tarikh Lahir: 31 Julai, 2001.Tempat Menuntut : SekolahUgamaArabMenengah Perempuan RajaIsteri Pengiran Anak HajahSaleha, Katok.Nama: Yang Mulia Dayang Siti NurDarwisyah binti Sabli.Tarikh Lahir: 4 November, 2004.Tempat Menuntut : Sekolah Menengah Rimba 1,Kampung Rimba.Nama:Tarikh Lahir:Tempat Menuntut :40Yang Mulia Dayang Ayshahbinti Mohamed Shalahudeen.27 September, 2007.Sekolah Al-Falaah,Kampung Sungai Akar.

KATEGORI ‘C’Menghafaz 3 Juz Al-Qur’anIaitu daripada Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Juz 2,terbuka kepada semua peringkat umur.41

Nama: Yang Mulia Awang MuhammadAzyad bin Dato Seri Setia HajiAbdul Aziz.Tarikh Lahir: 9 Februari, 1997.Tempat Menuntut : Universiti Islam Sultan SharifAli.Nama: Yang Mulia Awang MohammadMu'iz Hafzam bin Mazlan.Tarikh Lahir: 17 April, 2003.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang NurKamaliah binti Haji Jahari.Tarikh Lahir: 14 Jun, 2005.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang SitiNurnadiatul Syahirah bintiMohd Sumadi.Tarikh Lahir: 24 November, 2004.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang Nur AliyaMaisara binti Haji MohdIsmandi.Tarikh Lahir: 26 Januari, 2006.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.42

KATEGORI ‘D’Menghafaz 15 Juz Al-Qur’anIaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Juz 13,terbuka kepada semua peringkat umur.43

Nama: Yang Mulia Awangku Muhammad'Ashim 'Afiif bin Pengiran HajiMd Zin.Tarikh Lahir: 17 November, 2002.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: YangMuliaDayangkuNurfaiezah binti Pengiran HajiKamaluddin.: 3 April, 1993.Tarikh LahirNama: Yang Mulia Dayang Era Anizabinti Muhammad Zainuddin.Tarikh Lahir: 29 Jun, 1998.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang AinaaZahirah binti Haji AbdulManap.Tarikh Lahir: 18 Jun, 1999.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Dayang DaliliFaiqah binti Nasaruddin.Tarikh Lahir: 7 Oktober, 2001.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.44

KATEGORI ‘E’Menghafaz 30 Juz Al-Qur’anIaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Juz 24,terbuka kepada semua peringkat umur.45

NamaTarikh LahirTempat BertugasNama: Yang Mulia Awang MohammadFikri bin Haji Sharbini.: 12 Februari, 1988.: Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.: Yang Mulia Awang MuhammadAbu Hurairah bin Ariffin.: 29 Ogos, 1993.Tarikh LahirNama: Yang Mulia Awang MohammadAqiel Hidayat bin Haji ZulfaHidayat @ Mohammad Azhar.Tarikh Lahir: 13 Oktober, 2001.Tempat Menuntut : Sekolah Menengah ArabLelaki Hassanal Bolkiah.Nama: Yang Mulia Awang AbdulAziz bin Noor Nasran.Tarikh Lahir: 15 Januari, 2004.Tempat Menuntut : Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.NamaTarikh LahirTempat Bertugas46: Yang Mulia Dayang Aqilahbinti Haji Ayop.: 25 November, 1994.: Institut Tahfiz Al-Qur’an SultanHaji Hassanal Bolkiah.

PESERTA MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QUR’ANBERSERTA PEMAHAMANNYAPERINGKAT NEGARA ANGGOTA ‘MABIMS’Kategori Menghafaz 10 Juz Al-Qur’anBerserta Pemahaman Juz 947

Nama:Tarikh Lahir :Umur:Yang Mulia Awang MuhammadAzib bin Muhammad Azim.29 Ogos, 2003.17 tahun.Nama: Yang Mulia Dayang RaihanaHilmy KameelaTarikh Lahir : 29 Mei, 2000.Umur: 18 tahun.Nama: Yang Mulia Dayang UmmiNajdah binti Abd Samad.Tarikh Lahir : 12 April, 1999.Umur: 20 tahun.Nama: Yang Mulia Dayang Sumaiyabinti Mohamed Faiz Maricar.Tarikh Lahir : 24 Disember, 1999.Umur: 19 tahun.48

PESERTA MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QUR’ANBERSERTA PEMAHAMANNYAPERINGKAT NEGARA ANGGOTA ‘MABIMS’Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Qur’anBerserta Pemahaman Juz 2349

Nama: Yang Mulia Dayangku NurolHafizah binti Pengiran HajiTejudin.Tarikh Lahir : 8 Mei, 1997.Umur: 22 tahun.Nama: Yang Mulia Awang SohibulHuda.Tarikh Lahir : 5 Julai, 1993.Umur: 25 tahun.Nama: Yang Mulia Dayang Raudahbinti Abdul Razak.Tarikh Lahir : 9 Julai, 2000.Umur: 18 tahun.Nama: Yang Mulia Awang MuhammadNurdarwis bin Anuar.Tarikh Lahir : 23 Julai, 1996.Umur: 22 tahun.50

JAWATANKUASA KERJAMAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’ANPERINGKAT NEGARATAHUN 1440 HIJRAH51

52

JAWATANKUASA KERJASAMBUTAN NUZUL Al-QUR’AN PERINGKAT NEGARATAHUN 1440 HIJRAHPENGERUSI BERSAMAYang MuliaDato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof,Setiausaha Tetap,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaDato Paduka Seri Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam,Pesuruhjaya Polis,Pasukan Polis Diraja Brunei.TIMBALAN PENGERUSI BERSAMAYang MuliaDato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali,Timbalan Pesuruhjaya Polis,Pasukan Polis Diraja Brunei.Yang MuliaAwang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang,Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan),Kementerian Hal Ehwal Ugama.Awang Ahmad Jefri bin Abd Rahman,Ketua Pegawai Eksekutif Interim,Telekom Brunei Berhad.Yang MuliaDayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar,Ketua Pegawai Pentadbiran,Progresif Cellular Sdn. Bhd.SETIAUSAHA BERSAMAYang MuliaAwang Muhammad Sofian bin Haji Basri,Pemangku Pengarah Pentadbiran,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaAwang Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor,Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaPengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit,Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah,Kementerian Hal Ehwal Ugama.53

Yang MuliaSnr. Supt. Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali,Pemangku Pengarah Siasatan Jenayah,Pasukan Polis Diraja Brunei.Yang MuliaAwang Haji Halid bin Haji Mohadi,Ketua Pegawai Teknologi Maklumat,Telekom Brunei Berhad.Yang MuliaDayang Hajah Normah binti Haji Ahmad,Pengurus Perhubungan Kerajaan,Progresif Cellular Sdn. Bhd.TIMBALAN SETIAUSAHA BERSAMAYang MuliaDayang Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri SetiaDr Ustaz Haji Awang Yahya,Pegawai Ugama Kanan,Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaPengiran Hajah Sahrol Bariah binti Pengiran Haji Kamaluddin,Timbalan Pengetua Pentadbiran,Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaSupt. Haji Azree bin Haji Abdul Manaf,Pegawai Pemerintah Polis Marin,Pasukan Polis Diraja Brunei.Yang MuliaAwang Junaidi bin Bahrum,Ketua Bahagian Pemasaran,Telekom Brunei Berhad.Yang MuliaAwang Zailani bin Haji Salleh,Jurutera Kanan Pelaksanaan Projek,Progresif Cellular Sdn. Bhd.BENDAHARIYang MuliaAwang Haji Mohd. Shamsul Riza bin Haji Sulaiman,Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran (Bahagian Kewangan),Kementerian Hal Ehwal Ugama.54

PENGERUSI BERSAMA JEMPUTAN DAN PROTOKOLYang MuliaAwang Razali bin Haji Badar,Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara,Jabatan Adat Istiadat Negara,Jabatan Perdana Menteri.Yang MuliaAwang Zakaria bin Haji Mohd Ali,Pemangku Ketua Pos Agung,Kementerian Pengangkutan dan Info Komunikasi.Yang MuliaPengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah binPengiran Anak Haji Ismail,Ketua Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaAwang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd. Salleh,Pengarah Pusat Dakwah Islamiah,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaAwang Haji Shamsol bin Haji Umar,Pemangku Pengarah Pengajian Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama.Yang MuliaSnr. Supt. Haji Zaini bin Haji Abd Rahim,Pemangku Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan,Pasukan Polis Diraja Brunei.Yang MuliaAwang Haji Roslan bin Othman,Pengurus Kanan, Jaminan Hasil,Telekom Brunei Berhad.Yang MuliaDayang Hajah Amal Sohani binti Haji Johari,Pegawai Perhubungan Kerajaan,Progresif Cellular Sdn. Bhd.PENGERUSI BERSAMA KESELAMATAN DAN LALULINTASYang Amat MuliaSnr. Supt. Pengiran Anak Haji Muhammad Saifullah bin Pengiran InderaSetia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris,Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan,Pasukan Polis Diraja Brunei.55

Yang MuliaSnr. Supt. Awang Husaini bin Haji Matzin,Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas,Pasukan Polis Diraja Brunei.Yang MuliaSupt. Pengiran Haji Abd Salam bin Pengiran Haji Abd Ghani,Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara,Pasukan Polis Dir

Surah Ath-Thaariq, Surah Al-A'laa, Surah Al-Ghaasyiah, Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail, Kompilasi Surah-Surah Lazim bermula dari Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah An-Naas berserta . 3 Pemahaman Surah Al-Muthaffifiin,Surah Al-Insyiqaaq dan Surah Al-Buruuj bagi yang berumur 11 tahun ke . dibuat ceramah tafsir di .

Related Documents:

Kata kunci: Asbab al-Nuzul, Tafsir Mara h Labi d, Kualitas. Tafsir Mara h Labi d merupakan salah satu kitab tafsir karya ulama Nusantara yakni Syekh Muhammad Nawawi al-Bantani. Dalam upaya menafsirkan ayat al-Qur‟an bila terdapat riwayat asbab al-nuzul Syekh Nawawi al-Bantani hampir selalu mencantumkan riwayat asbab al-nuzul.

B. Asbab al-Nuzul Q.S An-Nahl Ayat 125 Para mufasir berbeda pendapat seputar asbab al-nuzul (latar belakang turunnya) ayat ini. Al-Wahidi menerangkan bahwa ayat ini turun setelah Rasulullah SAW menyaksikan jenazah 70 sahabat yang syahid dalam Perang Uhud, termasuk Hamzah, paman

Al Qur’an 2. Abu Muhammad, Ahkamul Qur’an 3. Amru Lutfy, Dirosaat fi Tafsier 4. Suyuthi, Asbabun Nuzul 5. Syihabuddin, Ruhul Ma’any fi tafsier al Qur’an 6. Moh. Sa’id Thonthowy, Tafsier al Wasiet lil Qur’ani Kariem Pendukung: Al Ghozaly, Ihya Ulmuddin Shoheh al Bukhory Shoheh Mus

Table of Contents The Holy Qur’an in Arabic 5 English Translations of the Qur’an 7 Qur’an Translations in Other Languages 11 Urdu Qur’an Translations and Tafseer 12 Commentaries, Tafsir of the Qur’an 13 Introductions to the Qur’an, Its Style, Themes, and Its Scientifi

“And We have indeed made the Qur’an easy to understand and remember, but is there any that . Memorisation of Qur’aan is easy and easily-accomplished 12 Huffaadh al-Qur’aan are the people of Qur’aan 13 None take delight in the Night prayer except the people of Qur’aan 13

Program Tahsin Qur’an Tahsin Al-Qur’an Adab Membaca (Tilawah) Al-Qur’an Khusnun Niyah (ikhlas dan motivasi yang baik), At Thoharoh (kesucian) hati dan jasad, suci lahir dan batin. Al Isti’adzah wal Basmalah (QS. An Nahl: 98). Tafrigh an Nasf ‘an Syawaghiliha (tidak disibukkan dengan hal- hal selain Al Qur’an). Khasrul fikri ma’a al Qur’an (konsentrasi penuh dengan

4 Virtues of the Holy Qur'an 18 Virtues of the Holy Qur'an 5 Contents Hadith No: Page No: 11 Parents of one who recites the Holy Qur'an and acts according to it, shall wear a crown more brilliant than the sun . . . . . 37 12 Fire does not burn the Holy Qur'an . . . . 40

Screw-Pile in sand under compression loading (ignoring shaft resistance) calculated using Equation 1.5 is shown in Figure 3. The influence of submergence on the calculated ultimate capacity is also shown. The friction angle used in these calculations is the effective stress axisymmetric (triaxial compression) friction angle which is most appropriate for Screw-Piles and Helical Anchors. 8 .