Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Hubungannya .

3y ago
96 Views
9 Downloads
214.50 KB
8 Pages
Last View : 2d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Warren Adams
Transcription

PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 1471 – 1478ISSN: 2231-962XAmalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan HubungannyaDengan Kepuasan Kerja GuruTransformational Leadership Practices of Principals and its Relationshipto Teacher SatisfactionHabib Ismail (habib.ismail71@yahoo.com)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia,Zaimah Ramli ( zaimahr@ukm.my)Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan PersekitaranFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan MalaysiaABSTRAKKertas ini akan membentangkan sebahagian hasil penyelidikan bertajuk “Amalan kepemimpinantransformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru”. Kajian bertujuan mengkajiamalan kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja gurupendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) dalam Daerah Hulu Langat, Selangor.Objektif khusus kajian ialah mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan transformasi pengetua,mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas dan mengenal pasti hubungan di antaraamalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru.Katakunci: Amalan Kepimpinan Transformasi, Kepuasan Kerja, Guru Pendidikan KhasABSTRACTThis paper will present a part of finding research with the title “transformation leadership practicesamong headmasters and the relationship with working satisfaction of teachers”. The objectives of thisresearch are to study transformation leadership practices among headmasters and the relationshipwith working satisfaction of special education teachers at Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi)in the District of Hulu Langat, Selangor. The main objectives are to identify the level of transformationleadership practices among headmasters, to identify the level of working satisfaction among specialeducation teachers and to identify the relationship between transformation leadership practices andthe level of working satisfaction.Keywords: Leadership Transformation Practices, Working Satisfaction, Special Education TeachersPENGENALANKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. MenurutAlimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan daripada segi kurikulumdan sistem peperiksaan sekolah. Selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkanperubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Antara transformasiyang dilakukan oleh KPM ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), LINUS, Satu MuridSatu Sukan dan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Sehubungan itu, pengetua sekolah perlu bersedia untuk menyerap segala perubahan yang telahdirancang dan menyampaikan kepada guru-guru secara berkesan. Pengetua perlu menggunakankebijaksanaan kepemimpinan mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru sertamemberikan mereka kepuasan kerja.Isu kepemimpinan dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks dalam era duniatanpa sempadan. Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan diridengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan perkembanganPersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII)Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara MajuIpoh, Perak, 4 – 6 Jun 2012

1472Habib Ismail, Zaimah Ramlidunia pendidikan yang semakin mencabar. Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan dengantekanan yang berterusan dalam meningkatkan standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini keranasekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah, 2005).Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepemimpinan yang diamalkan di sesebuahsekolah itu (Hussein, 2005). Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikansekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Abdul Ghani & Anandan, 2009). Ringkasnya,kepemimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolahmengalami perubahan yang berterusan.Sejak kebelakangan ini cabaran penstrukturan semula sekolah dan persekitaran yang tidakmenentu dalam bidang pendidikan menyebabkan berlakunya perubahan kepemimpinan sekolahdaripada kepemimpinan pengajaran kepada kepemimpinan transformasi (Leithwood & Jantzi, 1999;Abdul Ghani & Anandan, 2009). Perubahan ini jelas selaras dengan kepemimpinan transformasi olehBurns (1978) dan Bass (1985). Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalankepemimpinan transformasi dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas di SMK (Integrasi) dalamdaerah Hulu Langat. Selain itu, kajian turut meneliti hubungan antara tahap amalan kepemimpinantransformasi dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas berkenaan.KAJIAN LEPASBeberapa kajian lepas juga menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan transformasi telah membawaperubahan yang positif kepada keberkesanan sekolah. Abdul Shukor (2004) menyatakan pengurusandan kepemimpinan pengetua adalah faktor utama yang akan menentukan keberkesanan sekolah sertaakan menentukan jatuh bangun sekolah tersebut. Abdul Ghani (2005) menegaskan bahawapengamalan gaya atau amalan kepemimpinan transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkanprestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru (komitmen guru). Manakala Koh (2008)menyatakan bahawa dengan kepemimpinan transformasi, pengetua sekolah yang cemerlang akanmembangunkan minda guru-guru melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepadapenglibatan meluas dan berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin.Kajian Azrul Hisham (2009) mendapati faktor bebanan tugas adalah antara penyebab kepadaguru menghadapi tekanan. Hal ini kerana guru sentiasa terikat dengan pelbagai jenis tugas lain disamping tugas hakiki mereka. Selain itu, usaha menambah baik kecekapan peringkat mikro organisasipendidikan atau sekolah telah menyebabkan tekanan terhadap organisasi sekolah supaya meningkatkanprestasi dan pencapaian (Abdul Ghani, 2010) dan ianya menyebabkan beban tugas kepimpinanperingkat sekolah semakin bertambah. Menurut Abdul Rahim (2007), tanda-tanda ketidakpuasan kerjaialah bosan, ponteng kerja, komitmen rendah, rungutan, protes, meletakkan jawatan, persaraan awal,hilang kepercayaan, tekanan, burnout, prestasi merosot dan memohon pertukaran. Manakala sebabsebab ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan faktor diskriminasi, pilih kasih, beban kerja, amalantidak sihat, keadaan tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan diri dan ganjaran serta prospek (ibid.).Justeru Jazmi (2009) mencadangkan agar pengetua mengamalkan gaya kepemimpinantransformasi. Hal ini kerana pengetua akan berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajar yangmerupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Perkaraini penting kerana ia memberikan kepuasan kerja kepada guru. Misalnya Woo (2007) mendapati guruguru teknikal dan vokasional mengalami kepuasan kerja tinggi dalam dimensi penyeliaan keranamereka amat berpuas hati dengan corak penyeliaan pengetua masing-masing yang berpengaruh, kemaskini, selalu memberi penghargaan terhadap kerja yang baik, percayakan kemampuan guru dan sentiasaada apabila diperlukan. Selain itu, sifat penyelia yang mesra, berbudi bahasa, cerdas, bersabar danberhati-hati semasa menjalankan tugas turut memberi kepuasan kepada guru.Berdasarkan kajian lepas tentang kepemimpinan transformasi dan hubungannya dengankepuasan kerja guru, Mohamad Zabidi (2009), Mohd Aziz (2008), Tafri (2010), Serina (2008) danNursuhaila (2007) menunjukkan wujudnya ciri-ciri kepemimpinan transformasi pada pengetua danpersepsi responden terhadap keempat-empat dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengetuaadalah tinggi. Namun begitu, dapatan kajian mereka bercanggah dengan dapatan kajian Aziah et al.(2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara SemenanjungMalaysia mendapati amalan kapasiti kepemimpinan guru di sekolah tersebut tidak dipengaruhi olehkepemimpinan transformasi pengetua dan berada pada tahap sederhana.Manakala dapatan kajian Mohamad Zabidi (2009) dan Mohd Aziz (2008) menunjukkanterdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerjaguru. Dapatan mereka selari dengan dapatan Podsakof et al. (1996) dan Leithwood et al. (1997) yangmendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 20121473kerja. Namun begitu, kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK di negeri Kedah menunjukkan iamempunyai hubungan sederhana.Ringkasnya kajian lepas berkaitan amalan kepemimpinan transformasi pengetua danhubungannya dengan kepuasan kerja hanya melibatkan responden yang diwakili oleh guru-guru aliranperdana yang mengajar di sekolah menengah kluster (Aziah & Abdul Ghani, 2007; Tafri, 2010),sekolah menengah harian (Mohd Aziz, 2008), sekolah menengah berprestasi tinggi (Serina, 2008),sekolah menengah agama (Jazmi, 2008) dan sekolah menengah teknik (Mohamad Zabidi, 2009).Justeru kajian ini dilakukan di sekolah menengah kebangsaan Integrasi yang melibatkan guru-gurupendidikan khas.METODOLOGI KAJIANPendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian ini kerana ia mampumemberikan penjelasan secara kuantitatif ke atas sesuatu populasi dengan hanya mengkaji sampeldaripada populasi berkenaan (Cresswell, 2009). Sampel kajian adalah guru-guru terlatih yang sedangmengajar di lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Integrasi) di bawah pentadbiranPejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 87 orang guru pendidikan khas dilibatkandalam kajian ini. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan transformasidan hubungannya dengan kepuasan kerja guru.Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Borang soal selidikmengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A (pengalaman kerja guru dan lokasi sekolah), Bahagian B(amalan kepemimpinan transformasi pengetua) dan Bahagian C (kepuasan kerja).Amalankepemimpinan transformasi pengetua diukur menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire(MLQ) yang diperkenalkan oleh Avolio & Bass (2004) dan telah diadaptasi oleh beberapa kajiansebelum ini, seperti Mohamad Zabidi (2009). Ianya mengandungi 20 item soalan yang dikelas kepadaempat dimensi, iaitu pertimbangan individu, rangsangan intelek, motivasi berinspirasi dan pengaruhyang ideal. Kepuasan kerja pula diukur menggunakan soalan yang telah diubahsuai oleh Ariffin Ba‟da(2001) dan Ahap (2009).Ujian kebolehpercayaan dilakukan ke atas pengukuran Amalankepemimpinan transformasi dan kepuasan kerja, dan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi ialah 0.893dan 0.803. Pengendalian soal selidik melalui kaedah „drop and pick-up‟ yang dilakukan sendiri olehpengkaji dengan bantuan Guru Penolong Kanan, Pendidikan Khas di setiap sekolah terlibat.Analisis data dilakukan secara diskriptif dan inferensi. Analisis kekerapan dan peratusandigunakan untuk menjelaskan profail responden. Purata dan sisihan piawai digunakan untukmenjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja gurupendidikan khas. Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinantransformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas. Manakala ujian ANOVA danChi Square digunakan untuk melihat perbezaan amalan kepimpinan transformasi pengetua: pengalamanmengajar dan lokasi sekolah.HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGANJadual 1 menunjukkan tempoh pengalaman mengajar dan lokasi sekolah responden. Maklumatpengalaman mengajar menunjukkan rata-rata responden responden berpengalaman mengajar 1-5 tahun(27.6%), 6-10 tahun (20.7%) dan 11-15 tahun (26.4%). Selebihnya mempunyai pengalaman mengajar16-20 tahun (8.0%) dan melebihi 20 tahun (17.2%). Bagi kategori lokasi sekolah pula, kebanyakanresponden mengajar di sekolah yang dikategorikan dalam lokasi bandar (78.2%), dan selebihnyamengajar di sekolah dalam lokasi luar bandar.Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetuaBahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensiamalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsanganintelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawaidimensi pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan,pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis keatas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.95 (tinggi) hingga 4.24 (sangattinggi). Jadual 3 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi membina rangsangan intelektualyang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan

1474Habib Ismail, Zaimah Ramlioleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilaipurata skor antara 3.56 (tinggi) hingga 3.90 (tinggi).Jadual 4 pula menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi merangsang motivasi yangdiamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan olehpengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purataskor antara 3.72 (tinggi) hingga 4.07 (tinggi). Manakala Jadual 5 menunjukkan purata skor dan sisihanpiawai dimensi memupuk pengaruh ideal yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan,pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis keatas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.60 (tinggi) hingga 4.29 (sangattinggi).Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian lepas tentang kepemimpinan transformasi danhubungannya dengan kepuasan kerja guru oleh Mohamad Zabidi (2009), Mohd Aziz (2008), Tafri(2010), Serina (2008) dan Nursuhaila (2007) yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kepemimpinantransformasi pada pengetua dan persepsi responden terhadap keempat-empat dimensi amalankepemimpinan transformasi pengetua adalah tinggi.Tahap Kepuasan Kerja Guru Pendidikan KhasJadual 6 menunjukkan purata skor, sisihan piawai dan interpretasi kepuasan kerja responden. Secarakeseluruhan, tahap kepuasan kerja responden adalah tinggi (3.88). Purata skor kepuasan kerja adalahantara 3.40 (tinggi) hingga 4.38 (sangat tinggi). Dapatan ini selari dengan hasil kajian Woo (2007)yang mendapati guru-guru teknikal dan vokasional mengalami kepuasan kerja tinggi dalam dimensipenyeliaan kerana mereka amat berpuas hati dengan corak penyeliaan pengetua masing-masing yangberpengaruh, kemas kini, selalu memberi penghargaan terhadap kerja yang baik, percayakankemampuan guru dan sentiasa ada apabila diperlukan.Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru PendidikanKhasJadual 7 menunjukkan hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasankerja guru. Analisis korelasi menunjukkan hubungan tersebut adalah rendah (.277). Sebaliknyadapatan kajian Mohamad Zabidi (2009) dan Mohd Aziz (2008) menunjukkan terdapat hubungan kuatdi antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru. Dapatan merekaselari dengan dapatan Podsakof et al. (1996) dan Leithwood et al. (1997) yang mendapati amalankepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan kerja. Namunbegitu, kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK di negeri Kedah menunjukkan ia mempunyaihubungan sederhana.KESIMPULANSecara keseluruhannya, tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua adalah tinggi. Jika dilihat satupersatu mengikut dimensi juga menunjukkan ia berada pada tahap yang tinggi. Tahap kepuasan gurupendidikan juga adalah pada tahap yang tinggi. Hubungan antara keduanya adalah positif pada korelasiyang agak rendah. Memandangkan kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikansekolah yang berterusan, maka dengan tahap amalan kepimpinan transformasi yang tinggi dalamkalangan pengetua dan tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam kalangan guru khas adalah diharapkanpenambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah dan pencapaian prestasi yang baik dalam kalanganguru akan berterusan pada masa akan datang.RUJUKANAbdul Ghani Abdullah. (2010). Transformasi kepimpinan pendidikan. Batu Caves: PTS ProfesionalPublishing Sdn. Bhd.Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2005). Kesan amalan pengupayaan dalam pengajaran pembelajaranterhadap pertambahan beban dan persekitaran kerja guru. Educational Management andLeadership Journal, Institut Aminuddin Baki, Ministry of Education. Vol. 15, 19-30.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 20121475Abdul Ghani Kanesan Abdullah & K. Anandan a/l Kuppan. (2009). Pengaruh kepemimpinantransformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. SeminarNasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16.Abdul Rahim Abd. Rashid. (2007). Profesionalisme keguruan. prospek dan cabaran. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Shukor Abdullah. (2004). Ucap tema: Kepimpinan unggul tonggak bidang pendidikancemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke 12.Institut Aminuddin Baki.Ahap Awal. (2009). Amalan komunikasi guru besar dan kepuasan kerja guru sekolah rendah daerahsamarahan, Sarawak. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan .com [1 November 2011].Ariffin Ba‟ada. (2001). Komunikasi dalam kepimpinan pengetua dan kesannya kepada kepuasan kerjaguru. Tesis Dr. Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.Avolio, B.J. & Bass, B. M. (2004). Multifactor leadership questionnaire: manual and sample, Ed. 3.Redwood City, CA: Mind Garden, Inc.Azrul Hisham Abdul Manaf. (2009). Faktor-faktor tekanan dan kesannya kepada guru sekolahmenengah kebangsaan: Satu kajian di daerah timur laut, pulau pinang. Tesis Sarjana.Universiti Utara Malaysia.Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan & Abdullah Saad. (2005). Amalan Kepimpinan Transformasi &Kapasiti Kepimpinan di Dua Buah Sekolah Kluster di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.Bass, B.M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press.Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches,3rd Edition. Los Angeles: Sage Publications.Hussein Mahmood. (2005). Kepemimpinan profesionalisme: Satu utopia? Pemimpin, 5: 39-51.Jazmi Md Isa. (2009). Gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian perbandinganantara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Unit Data, Bahagian Pendidikan Khas: Putrajaya.Koh Lee Lee. (2008). Kepimpinan transformasi terhadap perubahan komitmen guru di beberapa buahsekolah di daerah Petaling. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.Leithwood, K., & Jantzi, D. (1999). Transformational School Leadership Effects: A Replication.School Effectiveness and School Improvement, 10(4), 451-479.Mohamad Zabidi Abdullah. (2009). Kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengankepuasan kerja guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.Mohd Aziz Saad. (2008). Gaya kepemimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengankepuasan kerja guru di sebuah sekolah dalam daerah Maran, Pahang. Kertas projek SarjanaKepengetuaan. Universiti Malaya.Muijs, D. & Hariss, A. (2007). Teacher leadership in (In) action: Three case studies of contrastingschools. Educational management Administration & Leadership, 35(1) :111-134.Nursuhaila Ghazali. (2007). Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua SekolahMenengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.Podsakoff, P.M., MacKenzie, S.B., & Bommer, W.H. (1996). Transformational leader behaviours andsubstitutes for leadership as determinants of employee satisfaction, commitment, trust, andorganizational citizenship behaviours. Journal of Management, 22, 259-2

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

Related Documents:

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan transformasi pengetua di sekolah-sekolah menengah harian di Selatan Perlis dari dimensi karismatik, motivasi berinspirasi, pertimbangan secara individu dan stimulasi intelek. Kajiin ini melibatkan ' 186 orang responden yang terdiri daripada guru-guru dari 5 buah sekolah

lan kepimpinan transformasi pengetua dan amalan kapasiti kepimpi-nan guru di sekolah yang dipantau adalah pada tahap baik. Selain itu, hasil pemantauan yang tersebut telah mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap amalan kepimpinan transformasi bagi sekolah yang dipantau. Walau bagaimanapun dapatan juga menunjuk-kan bahawa .

manajerial dan kompetensi kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Ulasan Kepustakaan 1. Kepimpinan Pengetua Sekolah Pelbagai teori dan hasil kajian telah membuktikan bahawa faktor kepimpinan mempunyai kesan yang besar terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah.

Albert Woodfox is a former Black Panther who spent 45 years unjustly incarcerated in a Louisiana State Penitentiary. He was released in 2016, having served more than 43 years in VROLWDU\ FRQ¿QHPHQW WKH ORQJHVW SHULRG RI VROLWDU\ FRQ¿QHPHQW in American prison history. Kano is a British rapper, songwriter and actor. Kano is one of the pioneers of grime music and culture. In 2004, Kano released .