PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA MASYARAKAT

3y ago
138 Views
5 Downloads
1.04 MB
17 Pages
Last View : 14d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Milena Petrie
Transcription

WAYANG KULITPENGENALANWayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsipcahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiridari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluanatau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYAMASYARAKATPelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebihlagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yangtersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakangmasyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahajaterdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhimasyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysiaiaitu :1

i)ii)iii)iv)Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghatKelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruhJawa)Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselitdengan dengan bahasa Melayu tempatan).Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai danbahasa Melayu loghat tempatan).Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati diKelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagianSelatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempatterdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai BaratSemenanjung.Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat diSemenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawaatau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruhini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dankonteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulitpada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di sampingsatu rupa pengutaraan kesenian.Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagimengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegankelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan jugaperistiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamyaboleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyaiperanan yang penting.2

JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIAA. WAYANG KELANTANPengenalanJenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam keranapemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masukke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di PantaiTimur Semenanjung Malaysia.Isi CeritaCerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat SeriRama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epikRamayana tradisi India.Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri RamaWayang Kelantan3

Patung-PatungUkiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaandengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dankebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal,hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegangalat senjata atau kebesaran lain.Alat MuzikAlat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasanggedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebijimong dan canang.BahasaBahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantanyang mempamerkan pengaruh Patani.B. WAYANG MELAYUPengenalanWayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan danTerengganu. Walau bagaimanapun, bilangannya amat terhad.Wayang Melayu4

Isi CeritaCerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata,terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh ceritaPanji.Patung-PatungDari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaituboleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senanguntuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baikbiasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecilserta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besarserta mendongak ke atas.Alat MuzikAlat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gongbesar, satu biji mong, dua biji gendang dan sepasang kesi.BahasaCerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialekMelayu tempatan.C. WAYANG GEDEKWayang gedek5

PengenalanWayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia,terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu danjuga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yangdikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknyamahupun corak paluannya mirip Siam.Isi ceritaIsi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung.Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang iniyang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedekbanyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.Patung-PatungSecara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segiukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukirmengadap ke hadapan.Alat MuzikAlat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong,sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.BahasaBiasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupundialek Melayu Kedah.Babak dalam wayang gedek6

D. WAYANG PURWOPengenalanWayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dandimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.Wayang PurwoIsi CeritaCerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epikMahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruhcerita panji.Patung-PatungSecara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulitKelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitumata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat danmata prebes untuk watak pertapa.Alat MuzikAlat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri darisebiji gong besar (agong), sebiji gong suwukan, satu set gambang, lima bijikempul, lima biji kenong, dua set gonder, satu slentem, satu set saron, satuset peking (saron penerus), satu set ketok/kompang, satu batang rebab dansatu biji gendang. Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang inijuga berlainan.7

BahasaWayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatanjuga diselitkan dalam dialog cerita.Dalang dan pemain alat muzik dalam persembahan wayang kulit purwoPERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULITa. Bentuk PatungPatung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai keduasendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantanhanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watakpatung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakanterletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya.Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa.Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukanmengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patungpatungnya dibentuk berhadapan.Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yangberpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian,tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watakwatak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagaicontohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan8

sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnyajuga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.b. Muzik Wayang KulitWayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulanmuzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi olehkumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringioleh satu kumpulan gamelan.c. DalangSemua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantuoleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULITDalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patungwayang kulit yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyaikreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiapwatak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yangmenarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingindipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang kulit ialah :1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam aircampuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudiandijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebuttelah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulityang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehinggabersih.9

2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akanditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativitidan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulitmengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubangyang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yangdihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.10

3) Buluh, tali dan pewarnaBuluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan talikepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakanpada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patungtersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakanmengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yangbiasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerjamewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dankesabaran yang jitu.11

SUSUNAN PEMAIN DAN ALAT MUZIK DALAM PANGGUNG WAYANGKULITPETUNJUKA - Tok DalangB & C - Penunjuk Patung1 - Serunai6 - Kesi2 - Gendang Ibu7 - Geduk Ibu3 - Gendang Anak8 - Geduk Anak4 - Gedombak Ibu9 - Canang5 - Gedombak Anak10 - Pemain GongPERSEMBAHAN WAYANG KULITPersembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerakgeri. Lazimnya semasa patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti.Pada masa patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapatidan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap.Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan,12

peperangan atau lain-lain maka iringan muzik segera membantu membinasuasana pergerakan itu.Pandangan di belakang kelirPanggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding danatap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tigaatau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang bolehmengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit.Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yangdipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu(sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampuinilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada keliruntuk ditonton dari bahagian hadapan panggung.Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang adalah peneraju utamasebagai pencerita dan pembawa patung-patung wayang kulit yang berada disebalik kelir yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakanyang dilakukan.Aksi dalang dalam persembahan wayang kulit13

Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihan dankematangannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidakpernah putus dengan ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu sepertiseorang wanita. Dalang juga secara spontannya akan menyelitkan kisah lucuyang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagulagu ciptaan semasa yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang.dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untukdinikmati dan dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburanpengisi waktu.Dalang bersama para pemain muzikWatak wanita dalam persembahan wayang kulit14

Seri Rama & Laksamana bersama Wak Long & Wak DogolPersembahan wayang kulitPersembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai tempat mengikut kemahuandan keperluan masyarakatnya. Selalunya pertunjukan untuk :i)ii)iii)iv)v)vi)Acara menyembah guruMengubat orang sakitUpacara memuja semangatSemasa Pesta Menuai atau Pesta KampungKepada perayaan Harijadi Raja-rajaSebagai hiburan semata-mata15

TOKOH WAYANG KULITHamzah Awang Amat (Pak Hamzah)Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun 1940di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih dikenalisebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia belasan tahunmelalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupunpembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupayamengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu,penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi telahberjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulitKelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.Bengkel wayang kulit bersama Pak Hamzah16

Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali kerahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi baruyang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmatke atasnya. Al Fatihah.5. KesimpulanWayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaanmasyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan,tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dankonsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistemkepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan merekamasih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilainilai individualistik akibat pengaruh budaya barat.Diterbitkan oleh :Cawangan Dokumentasi dan PenerbitanBahagian Pembangunan Kebudayaan dan KesenianKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 200317

Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA MASYARAKAT Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia.

Related Documents:

wayang kulit ini. Sehingga menimbulkan tanda tanya apakah wayang kulit sangat penting untuk ditonton dan apa manfaatnya. Tujuan yang hendak dicapai dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui bagaimana peranan media wayang kulit sebagai sarana pendidikan Islam, nilai-nilai pendidikan Islam dalam wayang kulit,

adalah wayang kulit. Wayang merupakan salah satu dari sekian banyak hasil karya nenek moyang yang diakui adhiluhung. Penulis memiliki ketertarikan pribadi pada wayang kulit, karya seni yang penuh dengan nilai filosofis, nilai simbolis, dan nilai historis, sehinga penulis sangat tertarik untuk mempelajari dan mengkaji wayang kulit lebih dalam .

Dalam konteks yang demikian tidak mengherankan jika kesenian . Sedangkan Gagrak/Gagrag dan tokoh dalam Wayang kulit Cirebon merupakan contoh peralihan dari wayang zaman Hindu-Buddha ke wayang zaman . Sejarah perkembangan wayang tidak lepas dari peranan Sunan Kalijaga. Di mata masyarakat Islam, wayang dan Sunan Kalijaga tidak bisa .

A. Konteks Penelitian Wayang merupakan salah satu warisan budaya bangsa yang telah mampu . budaya maupun kepercayaan membuktikan bahwa wayang meupunyai peranan penting dalam kehidupan sosial masyarakat. Wayang merupakan . dakwah dalam pementasan wayang kulit 2) Nilai-nilai dakwah dalam pementasan

hanya wayang kulit, wayang golek dan wayang orang. Dari sekian banyak . apresiasi manusia dan kritik terhadap karya seni dalam konteks yang berkaitan dengan manusia dan peranan seni dalam perubahan dunia (sachari, 2002:2). Metode yang digunakan mengacu pada nilai-nilai estetis yang .

dalam wayang kulit adalah sesuatu yang dipelajari dan diwarisi oleh Tok Dalang. Tok Dalang begitu mengenali dan faham tentang sejarah setiap watak dan perwatakan dalam plot cerita wayang kulit. Watak-watak dalam cerita tradisional merupakan ilham daripada Hikayat Seri

Salah satu budaya yang kini berkembang dengan baik di Indonesia adalah wayang Potehi. Wayang potehi adalah wayang yang berbentuk boneka yang terbuat dari kain, wayang ini mulai berkembang pada masa dinasti Jin, yakni pada -5 M dan masuk ke Indonesia pada abad ke 16 19 M. Wayang Potehi bukan hanya berfungsi sebagai pertunjukkan saja, melainkan .

Pipe Size ASTM Designation (in) (mm) (D2310) (D2996) 2 - 6 50 - 150 RTRP 11FX RTRP 11FX-5430 8 - 16 200 - 400 RTRP 11FX RTRP 11FX-3210 Fittings 2 to 6-inch Compression-molded fiberglass reinforced epoxy elbows and tees Filament-wound and/or mitered crosses, wyes, laterals and reducers 8 to 16-inch Filament-wound fiberglass reinforced epoxy elbows Filament-wound and/or mitered crosses, wyes .