BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS

2y ago
203 Views
7 Downloads
716.84 KB
35 Pages
Last View : 28d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Julia Hutchens
Transcription

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik SainsBAB 8KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINSKeselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberiperhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripadasegala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalanganyang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik,kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sainsmerupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmaldan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabilaberhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurangberkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains.8.1Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik SainsKemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian,kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalamperlaksanaan eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains,perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan ditempat yang mudah dilihat dan dibaca.b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahaneksperimen.c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta.e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.f.Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiapmakmal.g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilahmencukupi.h. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilahdiganti dengan segera.i.Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkuncidan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekodyang lengkap mesti disimpan.j.Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sainskecuali untuk tujuan eksperimen.PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 84

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsk. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama,semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dantingkap mesti dikunci.Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara:a. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkahkeselamatan semasa menjalankan eksperimen.b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen.c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains.d. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.e. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yangdibekalkan.f.Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alatradas.g. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yangditetapkan.8.2i.Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasamenggunakannya.j.Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal danbilik sains.Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik SainsMenurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam MakmalSains yang bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:8.2.1Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ berukuran lebih kurangm x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatuempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.8.2.2“NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS)600/12/A/(7) Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dandipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.8.2.3KebakaranMerujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran diSekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunyakebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:85 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsa. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di sekolah denganmembuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains.b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bombadan alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan.c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sainsadalah selamat dijalankan.Walau bagaimanapun terdapat beberapaeksperimen yang boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dilakukan dengancermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaraniaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api.Rajah 8.1: Sumber KebakaranKebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahankimia, letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas.Jadual 8.1 menunjukkan jenis kebakaran dan cadangan pemadam api yangsesuai digunakan.Jadual 8.1 Jenis Kebakaran Dan Pemadam Api Yang SesuaiJenis kebakaranPunca kebakaranPemadam api yang sesuaiPemadam api jenis karbondioksida, busa dan serbukkering, selimut kalis api,pasir dan air.Kelas AKayu, kertas, kain, getah,plastik dan seumpamanya.Kelas BKebakaran yang disebabkanoleh cecair yang mudahterbakar seperti metal spiritdan seumpamanyaPemadam api jenis karbondioksida, busa dan serbukkering.Kelas CKebakaran elektrikPemadam api jenis karbondioksida dan serbuk keringKelas DKebakaran logammelibatkan sebarang logamyang mudah terbakar sepertimagnesium dan logamalkali.Pemadam api jenis karbondioksida dan serbuk kering.PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 86

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains8.2.4LetupanKebakaran boleh berpunca daripada letupan. Kebakaran juga bolehmenyebabkan letupan berlaku. Letupan boleh berpunca daripada:a. Kebocoran gas.b. Cecair dan pepejal mudah terbakar.c. Tindak balas eksotermik yang tidak terkawal.d. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat.e. Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalamkeadaan serbuk halus boleh meletup seperti magnesium, zink, aluminium.8.2.5Kelengkapan Pemadam ApiSatu poster mengandungi cara-cara mengunakan alat pemadam apihendaklah dilekatkan pada alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru dankakitangan sokongan makmal sains mengetahui cara penggunaan alat-alatini. Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapkan dengan perkaraberikut:a. Alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis busa atau jenis serbukkering.Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya salahsatu dari alat pemadam api jenis ini. Alat pemadam api ini mestidiletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dariatas lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api inisentiasa dalam keadaan baik. Alat pemadam api hendaklah dihantarsekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh syarikat swastayang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.Rajah 8.2:Contoh Alat Pemadam Api Karbon Dioksida, Busa Atau SerbukKering87 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsb. Selimut kalis apiSetiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satuselimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api digunakanuntuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran padapakaian seseorang atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perludisimpan dalam makmal hanya untuk tujuan kebakaran dan diletakkanditempat yang mudah dicapai.Rajah 8.3: Contoh Selimut Kalis Apic. Baldi berisi pasir.Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Iasesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaranlogam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain.Guru dan kakitangan sokongan makmal sains hendaklah membiasakandiri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba danPenyelamat hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara.8.2.6Latihan Kecemasan Kebakaran Makmal dan Bilik SainsGuru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturankecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmaldan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan ini juga hendaklahditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya muridboleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut.Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasakebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat.Latihan kebakaran hendaklah dijalankan khas untuk murid di makmal padaawal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan untuk setiap kelas yangmenggunakan makmal dan bilik sains secara berasingan supaya tidakmenganggu seluruh sekolah. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran.Jadual 8.2 menunjukkan contoh rekod latihan kecemasan kebakaran.PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 88

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik SainsJadual 8.2: Rekod Latihan Kecemasan KebakaranBil1TarikhMasa23.7.098.2.712.15 tghMakmal/KelasMakmalkimia/5 Sc 2Nama GuruPn. Siti SuanjaSomiranBil.murid40Catatan2 orang muridtidak hadir:1. Sabariah2. AmirudinTindakan Jika Berlaku KebakaranJika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasan kebakaranhendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semuamurid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup.Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar.Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikanmangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakanselimut kalis api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsadibaringkan. Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai.Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam api ke atasmangsa.8.2.8Kit Pertolongan CemasSetiap makmal mesti disediakan satu kit pertolongan cemas yang lengkapdengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi kandungannya hendaklahdiperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit inihendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam setiap makmal.Kit Pertolongan Cemas mestilah mengandungi item berikut:a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).b. Kapas yang telah disteril.c. 1 gulung kapas.d. Plaster luka.e. Plaster berpelekat.f.Penyepit dan gunting.g. Sabun dan tuala.h. Botol pencuci mata.i.Krim antiseptik atau (paraffin gauze).j.Larutan antiseptik seperti:89 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsi. Acraflavin (digunakan untuk luka baru).ii. Cetavlon (Savlon) (diguna sebagai pencuci luka).iii. Eusol (digunakan untuk luka lama).k. 250 ml larutan-larutan berikut:i.ii.iii.iv.v.1% asid asetik.1% natrium bikarbonat.1% asid borik.1% ammonium hidroksida3% larutan kuprum sulfatRajah 8.4: Contoh Botol pencuci mataSenarai semak semua item mestilah ditampalkan di dalam kit pertolongancemas. Semua item mesti dilabelkan dengan jelas. Sebaiknya, preskripsilarutan dan kaedah menggunakannya mestilah disertakan bersama-samalabel. Semua item mestilah diperiksa dari masa ke semasa.8.2.9Peralatan Pelindung DiriApabila bekerja dengan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksikdan bahaya, satu kaedah perlindungan diri yang praktikal amat penting.Walaupun objektif utama adalah untuk mengelakkan kemalangan, alatpelindung diri selalunya digunakan hanya ketika kemalangan berlaku.Bagaimanapun ada beberapa kes yang memerlukan pemakaian alatpelindung diri kerana bekerja dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Diantara alat pelindung diri yang diperlukan adalah:a. Kot dan Apron Makmal.Kot dan apron makmal penting untuk melindungi kerosakan kepadapakaian. Apron dari jenis getah atau plastik boleh digunakan. Pelindungpakaian mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlakukemalangan atau pencemaran bahan kimia. Ia amat penting terutamakepada murid, guru atau pembantu makmal.PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 90

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsb. Pelindung lengan, tangan dan jari.Sarung tangan boleh dari jenis getah atau plastik.Sarung tangan yang mudah dipakai dan ditanggalkan digunakan sebagaiperlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yangberbahaya seperti asid kuat dan alkali kuat. Sarung tangan getah bolehdisimpan lama dalam keadaan yang baik dengan menambahkan serbuktalkum.c. Alat Pelindung MataAlat pelindung mata adalah seperti gogal dan pelindung muka. Setiapmakmal mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan mata dari jenisyang selesa dipakai dan ringan. Ia perlu dipakai apabila bekerja denganbahan yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotonganlogam aktif seperti natrium.Rajah 8.5a: Murid memakaigogal dan alat pernafasan.Rajah 8.5b: Murid memakaialat pelindung muka.d. Alat Pernafasan dan Kebuk WasapAlat pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap danhabuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan.Sebarang kerja yang melibatkan gas-gas toksik seperti klorin, bromin dannitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.Rajah 8.6: Contoh Kebuk Wasap91 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainse. Kasut KeselamatanKasut yang bertutup mestilah sentiasa dipakai ketika bekerja di dalammakmal untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dantumpahan bahan kimia.8.2.10 Rekod KemalanganSatu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap makmal sains danbilik sains. Butir yang harus direkodkan adalah seperti yang ditunjukkandalam Jadual 8.3.Jadual 8.3: Contoh Rekod KemalanganBilTARIKHMASANAMA123.1.999.30pgShahilon b. Abd HalimJENISTINDAKAN/KEMALANGAN CATATANLuka dicuci denganLuka ibu jari,air mengalir, dibalutterkena kacadan dibawa ketabung ujihospital untukrawatan lanjut.8.2.11 Rekod Radas Dan Peralatan Rosak Atau PecahBuku rekod radas rosak dan pecah mesti disediakan di dalam setiap makmal.Ini bertujuan merekod dan menyemak senarai dan bilangan radas danperalatan yang telah rosak dan pecah. Rekod ini juga memudahkanpengurusan audit radas dan peralatan.Butir yang harus direkodkanditunjukkan dalam Jadual 8.4.Jadual 8.4: Contoh Rekod Radas dan Peralatan Rosak atau PecahBil Tarikh18.328/7/09NamaJohadiKelas4 Sc 2Nama Radas/ Kuantiti SebabPeralatanRosak/PecahBikar 100 ml1JatuhTandatanganttPeraturan dalam Makmal dan Bilik Sains serta Bilik PersediaanSemua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan supaya padasetiap masa makmal dan bilik sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat.Ini juga akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalammakmal dan bilik sains menjadi lebih efektif. Semua pengguna makmal dan biliksains perlu mematuhi peraturan berikut:PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 92

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sainsa. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam makmaldan bilik sains serta bilik persediaan.b. Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sainsserta bilik persediaan.c. Semua peralatan dan bahan eksperimen hendaklah dikembalikan ke tempatasalnya setelah digunakan.d. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal dan bilik sains tidak bolehmeninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan.e. Semua pengguna makmal haruslah sentiasa memakai kot makmal dan kasutsemasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan.f.Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankaneksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata.g. Alat dan bahan eksperimen dibenarkan dibawa keluar dari makmal dan biliksains hanya dengan kebenaran guru sains.h. Semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru,Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pengetua dan Guru Besar serta dicatatdalam buku rekod kemalangan.i.Kebersihan makmal dan bilik sains serta bilik persediaan perlu dijaga pada setiapmasa.j.Bilik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi.k. Lantai tidak boleh dipasang dengan sebarang alas seperti tikar, tikar getah ataupermaidani.l.Bilik persediaan tidak boleh dipasang alat pendingin hawa.8.3.1Peraturan Makmal dan Bilik Sains bagi MuridPada awal tahun pihak sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmaldan bilik sains untuk setiap murid. Peraturan ini hendaklah dibaca oleh gurubersama murid pada awal sesi persekolahan. Murid perlu memahami,menandatangani dan menampal peraturan ini di dalam buku amali mereka.Contoh perakuan peraturan makmal dan bilik sains yang perlu ditandatanganioleh murid adalah seperti Rajah 8.2.PERATURAN MAKMAL DAN BILIK SAINS BAGI MURIDPERATURAN AM Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sainsdan bilik persediaan.93 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains Peralatan dan bahan dalam makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpakebenaran guru sains. Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru. Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ketempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru ataukakitangan sokongan makmal berkenaan. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru. Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabut supaya kemas danteratur. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetikapi sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan. Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalamtong sampah. Jangan membuang sampah ke dalam singki.Sisa–sisa bahan eksperimenhendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan. Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk kedalam makmal dan bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengankebenaran dan pengawasan guru. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal danbilik persediaan. Murid dilarang bermain–main di dalam makmal dan bilik sains.PENGGUNAAN BAHAN KIMIA Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimiayang akan digunakan itu adalah betul. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali. Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal. Botol yang mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan. Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalahberacun dan mengkakis. Murid hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen.PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 94

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipethendaklah dibenarkan untuk menyedut keluar larutan. JANGAN SEDUT DENGANMULUT. Mesti cermat dan berhati-hati bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel„RACUN‟.PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikansemula ke habitatnya. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma. Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianyahendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.PERINGATANPihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yangtidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan yangtersebut di atas.TandatanganKetua Bidang Sains dan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 85 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS k. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama, semua paip air, suis el

Related Documents:

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU MAKMAL C 17 PENGURUSAN MAKMAL 1. Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal yang ditetapkan. 2. Menguruskan keperluan bantu mengajar di makmal. 3. Mempamerkan peraturan dan panduan keselamatan makmal; dan 4. Memasti

1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan cara dan kaedah pengurusan dan keselamatan makmal/bengkel pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan di UPM. 2.0 TANGGUNGJAWAB Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah PPKKP (PGH) dan Ketua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan garis panduan ini dipatuhi.

Tanggal 2 Maret 2010 Tentang "Decade of Road Safety" 2011 - 2020 Kesepakatan 4 Menteri Kapolri Pekan Nasional Keselamatan Jalan 2008 Pekan Nasional Keselamatan Jalan 2009 Disusun draft Rencana Aksi Keselamatan Jalan Dekade Aksi Keselamatan (DoA) Dibuka Wapres di Silang . Uji Coba, Workshop/ Uji Publik SMK

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

sasaran keselamatan pasien yang menjadi prioritas gerakan keselamatan pasien. Enam sasaran keselamatan pasien adalah tercapainya hal-hal sebagai berikut : a. Sasaran I : Mengidentifikasi Pasien dengan Tepat Rumah sakit mengembangkan pendekatan untuk memperbaiki / meningkatkan ketelitian dalam

bab ii penerimaan pegawai . bab iii waktu kerja, istirahat kerja, dan lembur . bab iv hubungan kerja dan pemberdayaan pegawai . bab v penilaian kinerja . bab vi pelatihan dan pengembangan . bab vii kewajiban pengupahan, perlindungan, dan kesejahteraan . bab viii perjalanan dinas . bab ix tata tertib dan disiplin kerja . bab x penyelesaian perselisihan dan .

Bab 24: Hukum sihir 132 Bab 25: Macam macam sihir 135 Bab 26:Dukun,tukang ramal dan sejenisnya 138 Bab 27: Nusyrah 142 Bab 28: Tathayyur 144 Bab 29: Ilmu nujum (Perbintangan) 150 Bab 30: Menisbatkan turunnya hujan kepada bintang 152 Bab 31: [Cinta kepada Allah]. 156 Bab 32: [Takut kepada Allah] 161

The ISO 14001 Standard has been through a number of revisions since it was first published in 1996. ISO Standards are reviewed every five years to establish if a revision is required in order to keep them current and relevant. The current Standard, ISO 14001:2015, responds to the increasing need for management systems to be integrated by using “Annex SL”, a common format for management ISO .