Soalan Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah-PDF Free Download

SOALAN SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
15 Mar 2020 | 199 views | 5 downloads | 51 Pages | 1.43 MB

Share Pdf : Soalan Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Download and Preview : Soalan Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Report CopyRight/DMCA Form For : Soalan Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah



Transcription

KANDUNGAN HALAMAN, 1 0 DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 7. 2 0 PENTAKSIRAN SEKOLAH 8 20, 3 0 PENTAKSIRAN PUSAT 21 35. 4 0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN 36 37, KOKURIKULUM. 5 0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 38 41, 6 0 PENJAMINAN KUALITI 42 44. 7 0 PEREKODAN SKOR 45 46, 8 0 PELAPORAN 47 48, 1 DASAR KPM.
1 1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS, PBS direkabentuk selaras dengan dasar pentaksiran pendidikan yang bertujuan. mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya. potensi diri sebagai modal insan PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat. holistik iaitu menilai aspek kognitif intelek afektif emosi dan rohani psikomotor jasmani. dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan. kepada aspek Jasmani Emosi Rohani dan Intelektual JERI. Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin. pencapaian seseorang murid supaya tidak hanya dinilai berasaskan peperiksaan semata. 1 2 Apakah komponen PBS, PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh holistik terhadap pencapaian akademik. dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti berikut. 1 Pentaksiran Sekolah PS, 2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum PAJSK. 3 Pentaksiran Psikometrik PPsi dan, 4 Pentaksiran Pusat PP. Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah lebih. komprehensif melalui profil pencapaian achievement perkembangan development dan. penglibatan involvement dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan. prestasi murid, 1 3 Apakah punca kuasa pelaksanaan PBS.
Pelaksanaan PBS di peringkat sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah. rendah mulai tahun 2012 berdasarkan, Akta Pendidikan 1996 Akta 550 dan Peraturan Peraturan Pendidikan Penilaian dan. Peperiksaan 1997 Bahagian II Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan. i Perkara 3 a untuk memberi nasihat memantau dan membuat analisis tentang. penilaian berasaskan sekolah, ii Perkara 3 b untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan. peraturan garis panduan dan arahan tentang peperiksaan dan. iii Perkara 3 c untuk mengadakan peperiksaan untuk mengendalikan pemantauan. peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan peraturan garis panduan dan. arahan tentang peperiksaan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS. dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun. 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. 1 4 Apakah dasar PBS di Malaysia ini mengambil model sepenuhnya dari negara maju. PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996. yang menilai aspek kognitif afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang. holistik Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik. Dalam membangunkan PBS LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya. melaksanakan PBS seperti Australia Kanada dan New Zealand. 1 5 Adakah kajian rintis dibuat sebelum PBS dilaksanakan seluruh negara. Pada tahun 2008 LP telah menjalankan kajian rintis kepada persampelan 500 buah. sekolah rendah yang merangkumi SK SJKC dan SJKT bandar dan luar bandar kluster. Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas Tujuan kajian rintis adalah. untuk mendapat maklumat tentang keperluan kesesuaian dan kebolehlaksanaan daripada. segi sistem pentaksiran personel kemahiran guru dalam bidang pentaksiran serta. prasarana fizikal dan ICT, Dapatan adalah positif sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran jika. sebelum kajian rintis 68 bersetuju tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan. meningkat kepada 93 1, 1 6 Adakah PBS sesuatu yang baharu.
Pentaksiran sekolah telah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Murid ditaksir melalui proses dan produk secara formatif dan sumatif Pentaksiran sebagai. pembelajaran assessment as learning dan pentaksiran untuk pembelajaran assessment. for learning dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menjalankan pemulihan pengukuhan atau. pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran Pentaksiran tentang pembelajaran. assessment of learning dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian. murid dalam pembelajaran, Pentaksiran Pusat telah dilaksanakan oleh guru di sekolah semasa menjalankan Penilaian. Kerja Amali PEKA Ujian Lisan Berasaskan Sekolah ULBS Pentaksiran Lisan Berasaskan. Sekolah PLBS dan Perkara Asas Fardu Ain PAFA, 1 7 Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah. Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan. PBS Panduan Penjaminan Kualiti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Surat. Pekeliling Lembaga Peperiksaan dan surat siaran Lembaga Peperiksaan. 1 8 Adakah murid akan dinaikkan kelas secara automatik dengan pelaksanaan PBS. PBS tidak mengubah dasar sedia ada tentang kenaikan murid ke kelas tingkatan yang lebih. tinggi Murid akan dinaikkan kelas secara automatik Walau bagaimanapun melalui. pelaksanaan PBS guru harus membantu murid menguasai aspek pengetahuan kemahiran. dan nilai yang dihasratkan dalam kurikulum, 1 9 Adakah pelaporan PBS di peringkat Tingkatan 3 PT3 digunakan untuk kemasukan. ke Sekolah Berasrama Penuh SBP Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA. Maktab Rendah Sains Mara MRSM Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional dan. penentuan aliran di Tingkatan 4, PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid murid. ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh SBP Sekolah Menengah. Kebangsaan Agama SMKA Maktab Rendah Sains Mara MRSM Sekolah Menengah. Teknik SMT dan Kolej Vokasional Di samping PT3 kemasukan ke sekolah sekolah. tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan. murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Penentuan aliran murid di Tingkatan 4 dibuat oleh sekolah berdasarkan pelaporan. Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 dan Pentaksiran Psikometrik. 1 10 Bagaimana dengan kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi. Kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi adalah berdasarkan keputusan Sijil. Pelajaran Malaysia SPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM atau kedua duanya. 1 11 Bagaimana pelaporan PBS di peringkat menengah rendah digunakan untuk. permohonan pekerjaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelaporan Pentaksiran Sekolah.
Pentaksiran Pusat PT3 Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan. dan Kokurikulum Penggunaannya bergantung kepada syarat dan keperluan yang. ditentukan oleh majikan, 1 12 Apakah maksud penambahbaikan PMR mulai 2014. Penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS bermula pada 1 April 2014. di semua sekolah kerajaan sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang. menggunakan kurikulum kebangsaan Penambahbaikan yang dilaksanakan adalah dalam. perkara berikut, 1 Dokumen Standard Prestasi dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan. Pembelajaran Murid Pernyataan evidens disatukan dalam pernyataan deskriptor. Bilangan deskriptor juga dikurangkan, 2 Fail Perkembangan Murid Fail Showcase Rekod Transit ditiadakan Perekodan. perkembangan pembelajaran murid dilakukan mengikut kesesuaian guru. 3 Pengisian data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online ditiadakan bagi. memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran Guru boleh. merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline atau secara manual. menggunakan cetakan daripada sistem mengisi dalam buku rekod pengajaran harian. 4 Penilaian Menengah Rendah PMR di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran. Tingkatan 3 PT3 PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan. menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid Melalui PT3 pihak sekolah. akan mentadbir pentaksiran mentaksir dan memberi skor terhadap respon jawapan. murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara standardised yang. disediakan oleh LP LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan. moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan Moderasi dan verifikasi adalah. proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan konsistensi pemberian skor antara. 1 13 Adakah apabila peperiksaan PMR telah tiada lagi maka murid tidak memiliki. sebarang sijil kelulusan akademik sejak darjah satu hingga tingkatan tiga. Peperiksaan UPSR dan PMR yang dilaksanakan adalah untuk melihat pencapaian murid. dalam bidang akademik pada peringkat umur tertentu iaitu pada umur 12 tahun dan 15. tahun sebelum mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi Kedua dua. peperiksaan tersebut bukanlah di peringkat persijilan seperti SPM STAM atau STPM. Sehubungan itu KPM hanya mengeluarkan pernyataan keputusan dan bukannya sijil. kelulusan akademik, PT3 mulai 2014 dilaksanakan untuk melihat penguasaan dan pencapaian murid dalam. bidang akademik dan pelaporan dalam bentuk gred A B C D E dan F akan dikeluarkan. 1 14 Bagaimanakah KPM memastikan PBS yang telah ditambahbaik ini dapat. dilaksanakan dengan berkesan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya.
kepada pegawai pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Pejabat Pendidikan Daerah. pentadbir sekolah dan guru guru, Latihan secara menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS yang telah ditambah baik ini. adalah penting dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran berkenaan. dengan komprehensif Oleh itu KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru. lebih memahami konsep pentaksiran dan mengamalkan cara yang betul dalam proses. pengajaran dan pembelajaran Selain daripada itu KPM juga akan mengadakan latihan. bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid. 2 PENTAKSIRAN SEKOLAH, 2 1 Apakah PS, PS dirancang dibina ditadbir diperiksa direkod dan dilapor oleh guru Guru menjalankan. pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PS yang dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif mentaksir. proses dan produk Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan. pembelajaran PdP Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit. pembelajaran penggal bulan atau tahun, Pentaksiran Sekolah memberikan penekanan kepada pentaksiran sebagai pembelajaran. assessment as learning pentaksiran untuk pembelajaran assessment for learning dan. pentaksiran tentang pembelajaran assessment of learning. Pentaksiran Sekolah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen untuk melihat. perkembangan growth pembelajaran murid serta pencapaian prestasi seseorang murid. Kuiz lakonan lisan latihan bertulis boleh digunakan untuk melihat perkembangan. pembelajaran murid Ujian bulanan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir. tahun boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam. pembelajaran, 2 2 Apakah Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam. pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap tahap penguasaan seperti yang. dihasratkan dalam dokumen kurikulum, Dalam pentaksiran ini Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid digunakan untuk.
melihat kemajuan dan perkembangan growth pembelajaran serta pencapaian prestasi. seseorang murid, 2 3 Apakah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mengandungi panduan untuk mentaksir dan. melapor pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut. tahap tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum Dokumen ini merangkumi. band pernyataan standard deskriptor dan evidens, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid adalah lebih fleksibel Panduan. Perkembangan Pembelajaran Murid membantu guru, mengenal pasti tahap penguasaan murid murid. merancang pengajaran pembelajaran dan pentaksiran yang sesuai untuk murid. cth pengayaan pemulihan dan pengukuhan, memberi fokus terhadap PdP dan pentaksiran. Pernyataan evidens ditiadakan, Guru tidak perlu menyediakan instrumen berdasarkan setiap pernyataan evidens.
Guru tidak terikat dengan pernyataan evidens, 2 4 Bagaimanakah contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mata pelajaran Geografi Tingkatan 1. TEMA BAND DESKRIPTOR, Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut. dengan betul, 1 Kedudukan, Jarak dan skala, Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut. dengan jelas, 2 Kedudukan, Jarak dan skala, Kemahiran Geografi. Simbol peta, Arah Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut.
Jarak dan skala dengan betul dan tepat, Simbol peta 3 Mengorientasi kompas. Peta topo Mengukur jarak menggunakan skala, Graf bar mudah Membina graf. Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam. 4 organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan. Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan. 5 grafik dengan tepat relevan sesuai dan terperinci. Mengemukakan dan mempersembahkan idea pendapat, cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran. PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 yang menilai aspek kognitif afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang holistik Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik Dalam membangunkan PBS LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya melaksanakan PBS seperti Australia Kanada dan New

Related Books

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SOALAN SOALAN LAZIM

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SOALAN SOALAN LAZIM

Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS surat pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan 6 2 Bagaimanakah keahlian JK PBS Sekolah di Sekolah Kurang Murid Seorang guru perlu memegang lebih daripada satu portfolio dalam JK PBS Sekolah

Cuti sakit disahkan sendiri soalan soalan lazim

Cuti sakit disahkan sendiri soalan soalan lazim

boleh mendapatkan sijil cuti sakit daripada klinik klinik dan cuti sakit mereka tidak akan dipotong daripada cuti tahunan Cuti sakit pekerja gaji hari yang mempunyai sijil sakit diberikan sebanyak 14 hari dalam tempoh perkhidmatan setahun 7 hari dalam tempoh enam 6 bulan pertama dan 7 hari dalam tempoh enam 6 bulan kedua

SOALAN SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH UPSR

SOALAN SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH UPSR

SOALAN SOALAN LAZIM 1 4 Apakah persamaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR 2015 Persamaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR tahun 2015 ialah Peperiksaan pusat yang dilaksanakan secara bertulis Enam 6 mata pelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik dan Sains 1 5 Apakah perbezaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR 2015 Perbezaan UPSR mulai tahun

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS Dari Perspektif

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS Dari Perspektif

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Hjh Noriza LP PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PT3 Ujian Lisan amp Ujian Bertulis Pelbagai Instrumen Ujian Bertulis Peperiksaan Pusat 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Science 4

1PEKELILING PERBENDAHARAAN SOALAN LAZIM

1PEKELILING PERBENDAHARAAN SOALAN LAZIM

pengesahan JKR di dalam Lampiran A PB 2 1 2013 Berdasarkan perenggan 2 PB 2 1 2013 Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk meluluskan pemasangan dan penggantian semua jenis alat penyaman udara yang dibiayai dari Anggaran Mengurus Walau bagaimanapun kuasa Pegawai Pengawal adalah tertakluk kepada beberapa syarat dan garis panduan yang antara lainnya mestilah mendapat nasihat dan sokongan JKR

SOALAN LAZIM FAQ MENGENAI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK

SOALAN LAZIM FAQ MENGENAI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK

Internet dan sistem operasi yang serasi Bagi pengguna peranti Android aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan digunakan dengan perisian operasi 5 0 Lollipop ke atas Bagi pengguna iOS pula peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas 8 Bagaimana saya boleh muat turun aplikasi mudah alih Gerak Malaysia Sila kunjungi Apple App Store Google Play Store ataupun

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME BASED BERASASKAN

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME BASED BERASASKAN

6 1 pegawai yang dilantik secara tetapoleh Pihak Berkuasa Melantik masih berada di gred lantikandan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebihdalam skim perkhidmatan semasa pada 1 Julai 2013 6 2 pegawai dalam Skim Perkhidmatan Bersepaduyang berada di gred kenaikan pangkat yang setara dengan gred lantikan permulaan dalam sesuatu kumpulan kelayakan masuk seperti

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEP MAQAMAT KAJIAN

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEP MAQAMAT KAJIAN

maqamat dan kemudiannya merumuskan satu kaedah psikoterapi Islam Bagi mencapai objektif tersebut kajian ini dibahagi kepada enam bab iaitu bab pendahuluan bab pertama mengenai latar belakang tokoh tasawuf Abu Talib al Makki serta pengenalan kitab Qut al Qulub bab kedua membincangkan mengenai konsep maqamat dalam tasawuf dan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

KSSM SAINS TINGKATAN 2 5 Fikrah Sains Fikrah menurut Kamus Dewan membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran Dalam konteks pendidikan sains fikrah sains merujuk kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan sains kebangsaan Murid yang berfikrah sains merupakan murid yang boleh memahami idea

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL

Rajah 2 menunjukkan pengubahsuaian sistem pemerintahan berasaskan Islam di Asia Tenggara pada abad ke 15 Masihi Rajah 2 Mengapakah pengubahsuaian tersebut berlaku

TEORI PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA DENGAN PENTAKSIRAN DARI

TEORI PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA DENGAN PENTAKSIRAN DARI

TEORI PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA DENGAN PENTAKSIRAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Nurfirdawati Muhamad Hanafi1 Othman Lebar2 Eftah Moh Abdullah3 Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2 3 Fakulti Pendidikan Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia

PENTAKSIRAN SUMATIF 3 UPSR 2013

PENTAKSIRAN SUMATIF 3 UPSR 2013

PERCUBAAN UPSR 2013 l JAM PENTAKSIRAN SUMATIF 3 Satu jam lima belas minit 1 This booklet contains SECTION A and B 2 Answer all Questions 3 Write your answer